Ikuti manfaat memelihara kucing yang dipercayai memberikan banyak kebaikan untuk kesihatan fizikal dan mental.

Haiwan Viral

Kucing adalah haiwan peliharaan paling menjadi pilihan ramai. Memelihara walau hanya seekor kucing dipercayai dapat memberi ketenangan kepada pemiliknya. Memelihara haiwan berbulu halus ini dipercayai memberikan banyak manfaat untuk kesihatan fizikal dan mental. Kucing sebenarnya sentiasa mendapat tempat di hati manusia terutamanya pecinta haiwan. Bagi mereka kucing adalah seekor haiwan yang comel, gebu dan manja. Dalam masa yang sama kucing juga memberi ketenangan.

Ketenangan itu akan membantu anda menenangkan diri dan membantu mengembalikan kesegaran fikiran. Kucing sebenarnya boleh menjadi tempat seseorang untuk meluahkan rasa hati sekali gus dapat menjadi kawan baik kepada tuannya. Interaksi kucing dengan manusia banyak memberi manfaat yang baik. Mari kita ikuti manfaat tersebut

1. Mengurangkan stress. Mengusap kucing yang berbaring di atas pangkuan ternyata dapat menghilangkan stres. Ketika berdepan masalah, kucing dapat membuatkan pemiliknya menjadi lebih tenang. Secara psikologi, pemilik kucing juga lebih mudah pulih dari tekanan. Ia terjadi kerana kucing mampu memahami apa yang ada dalam hati pemiliknya.

2. Melatih hubungan sosial yang baik. Kucing memang memerlukan perhatian dari pemiliknya, dalam masa yang sama si comel ini juga memberikan perhatian yang cukup kepada pemiliknya juga. Ia mengajar pemiliknya untuk memiliki hubungan sosial yang baik.

3. Lebih bahagia. Menurut satu kajian, orang yang memelihara kucing memiliki kesihatan psikologi yang lebih baik berbanding mereka yang tidak memiliki haiwan peliharaan. Mereka lebih bahagia, percaya diri dan tidak mudah gugup, juga lebih tenang menghadapi masalah.

4. Lebih sihat. Bukan hanya kesihatan psikologi, memelilhara kucing juga bermanfaat untuk kesihatan fizikal. Memelihara kucing juga dapat membuat pemiliknya meninggalkan habit sebagai seorang perokok.

Sumber : Teneniaw

10 makanan paling pantang untuk Kucing

Kali ni nak menceritakan pasal makanan yang korang takk sepatutnya bagi kat kucing. Memang manusia boleh makan, tapi kucing tak boleh sebab sistem pencernaan deorang lain. Kesian kat kucing kalau tersalah bagi makan makanan nih semua. Silap2 kita akan kehilangan deorang terus.

BAWANG Bawang dalam semua bentuk macam tepung, mentah, masak, atau kering – boleh memecahkan sel-sel darah merah kucing. Otomatik kucing korang kena Anemia. Kalau kuantiti sikit2 tu buleh la. Tapi kalau dalam kuantiti yang banyak atau makan jumlah yang  kecil dengan kerap boleh menyebabkan keracunan bawang.  Boleh kiokkkk woo

SUSU Kompem korang penah bagi susu kat kucing korangkan? Sebenarnye tak boleh sebarang susu. Ini adalah sebab sistem pencernaan deorang lain dari manusia. Deorang tak boleh proses susu yang ade lactose. Contoh susu ade lactose ialah susu lembu. Kalau susu kambing xper sebab die xde lactose. Kalau kat petshop pon korang kene cek betul2, sebab ade sesetengah susu yang dijual tu masih ade campuran lactose. Lagi selamat kalau guna susu kambing je.

ALKOHOL Beer, liquor, wine atau ape2 makanan/minuman yang ade alkohol. Ini adelah sebab efek die same macam kat manusia, buleh menjejaskan otak dan usus. Orang pon boleh jadi gile, inikan pulak kucing kann. Impact die teruk gak. Sebagai contoh, 2 sudu whisky boleh buat kucing seberat 2++KG koma. Pastu kalau tambah lagi satu jadi 3 sudu, kiokkk teros kucing korang.

ANGGUR/KISMIS Ni selalu kita makan kan? Tapi telah terbukti anggur dan kismis boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang pada kucing. Kalau bagi sikit pon buleh buat kucing sakit. Muntah banyak2 kali dan hiperaktif adalah tanda-tanda awal. Ade jugak sesetengah kucing takk tunjuk kesan yang buruk , tapi yang terbaik adelah untuk tidak memberi kucing anda sebarang kismis/anggur.

KAFEIN Kafein dalam kuantiti yang cukup besar boleh membawa maut untuk kucing korang. Pastu paling membimbangkan, xde ubat lak tu. Gejala keracunan kafein adelah seperti gelisah len macam, janjung die degup2 laju, gegaran otot dan sawan. Kafein ni bukan ade dalam kopi je. Die ade dekat minuman koko , coklat , coke. Minuman tambah tenaga macam Red Bull pon ade.

COKLAT Coklat boleh membawa maut untuk kucing. Deorang memang x makan sendiri, tapi boleh dipujuk untuk makan. Ejen toksik dalam coklat adalah theobromine.Mende alah ni ade dalam semua jenis coklat, walaupun coklat putih. Kalau kucing makan. nanti otomatikk boleh menyebabkan degup2 jantung yang tidak normal , gigil len macam , sawan dan kritikal skali bawak kepada bahaya nyawa.

TELUR MENTAH Takk kesah la telur ape pon, semuanya berbahaya. Ade dua masalah dengan memberi telur mentah kat kucing korang. Pertama adalah kemungkinan keracunan makanan daripada bakteria seperti Salmonella atau E. coli. Yang kedua lakk ialah  protein dalam putih telur mentah , yang dipanggil Avidin. Mende alah ni mengganggu penyerapan Biotin B Vitamin. Ini boleh menyebabkan masalah kulit dan juga masalah dengan bulu kucing korang.

HATI Sedikit hati adalah OK, tetapi makan terlalu banyak hati boleh buat kucing korang keracunan vitamin A. Mende ni serius, yang boleh menjejaskan tulang kucing korang. Gejala  yang mungkin terjadi termasuk pertumbuhan tulang yang cacat, dan osteoporosis. Keracunan vitamin A jugak boleh menyebabkan bahaya nyawa.

DOUGH aka ROTI Dough nih kan sifat die mengembang. Kalau kucing, deorang lambat proses. So die akan mengembang dalam perut deorang. Bile mengembang kaw2, ini akan mendatangkan masalah sebab perut tu akan meregang dan menyebabkan kesakitan yang teruk. Selain tu, ade yang dough dicampur alkohol, so kucing korang terdedah keracunan alkohol.

UBAT MANUSIA Ni paling biasa berlaku kat masyarakat kita. Selalu konon bagi panadol untuk kucing demam, tengok2 bengkak abes kucing korang tu. Bahan-bahan seperti Acetaminophen atau Ibuprofen adalah mende biasa dalam ubat penahan sakit dan ubat sejuk. Terbukti buleh membawa maut untuk kucing korang.

Sumber : Kekucing

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *