Comel je Prince Michael mengenakan tuxedo. Detik detik bahagia jutawan Utube ini telah mendapat perhatian warganet.

Viral

Selaku pencinta kucing, mesti tak asing lagi dengan saluran youtube Aaron Animal di mana bintang sensasinya kucing BSHnya yang comel iaitu si Prince Michael ni. Kalau anda tak pasti apa yang MM katakan ni boleh tengok video di Utube.

Aaron dan Michelle Benitez melangsungkan perkahwinan mereka dan tahu cara yang paling istimewa untuk meraikannya adalah melibatkan sekali kucing mereka yang pernah diselamatkan dahulu, Prince Michael yang berusia 5 tahun ini. Comel je Prince Michael mengenakan tuxedo sebagai pengapit majlis perkahwinan mereka.

Jonnie + Garrett, pasukan jurufoto profesional, mengabdikan detik-detik bahagia pasangan ini. Sudah tentu mereka mengambil gambar si bintang popular ini juga meraikan manusia kegemarannya yang kini sudah berkahwin.

Michelle mendapati Aaron sememangnya seorang lelaki yang ‘gila kucing’ kerana apabila pasangan ini bertemu buat kali pertama, Prince Michael atau pendeknya Michael sudah pun ada dalam hidup Aaron. “Suami saya mengambil bela dan kami sudah memilikinya selama 5 tahun dah. Michael merupakan sebahagian besar dari kehidupan kami dan sangat penting bagi kami. Rasa macam pelik je kalau Michael tiada pada hari perkahwinan kami!”

Michael mempunyai ruang yang istimewa dalam hati Aaron sejak kali pertama dia mengambil belanya dan kini isterinya juga tahu sejauh mana pentingnya kucing ini kepada suaminya. “Michael sudah pun menjadi sebahagian besar kehidupan kami sejak dari kami mula dating lagi. Malah ketika Michael masih kecil lagi ia akan naik subway bersama saya, pergi ke Central Park, Joshua Tree dan juga ke pantai,” menurut Aaron kepada Good Morning Amerika.

Sumber : themamamiaow

Cara-Cara Hilangkan Bau Kucing Di Rumah Anda.

Jika anda mempunyai kucing atau pernah memasuki rumah seseorang yang ada membela kucing, anda mungkin mengenali bau yang dikenali sebagai “bau kucing”. Persoalannya, boleh ke bela kucing tanpa rumah kita berbau seperti ini. Berita baiknya anda tidak perlu mengetepikan keseronokkan membela kucing hanya kerana inginkan rumah anda berbau wangi.

Walaupun anda memiliki lebih dari seekor kucing, anda masih boleh mengekalkan kediaman anda berbau wangi jadi tetamu tidak sedar pun yang anda sebenarnya membela kucing. Semuanya bergantung kepada cara anda membersihkan rumah dengan betul dan meluangkan masa untuk melakukannya secara teratur.

Kotak pasir. Sentiasa membersihkan kotak pasir kucing. Cara untuk mengurangkan bau pada kotak pasir kucing adalah dengan menaburkan sedikit baking soda.

Bersihkan kawasan kucing selalu berada. Penting untuk bersihkan kawasan kucing anda tidur dengan kerap. Cuci bantal, selimut dan katil kucing secara tetap.

Bersihkan rumah dengan teliti. Penting juga untuk anda membersihkan rumah dengan teliti. Ini melibatkan penggunaan vakum yang bagus yang berfungsi untuk membersihkan bulu kucing dan dander. Jangan hanya dokuskan pada karpet, seminggu sekali anda perlu memvakum juga kesemua langsir-langsir dan semua upholsteri yang ada di rumah. Jika anda inginkan rumah anda sentiasa bersih dan wangi, anda perlu mempertimbangkan untuk memvakum karpet sekurang-kurangnya selang sehari. TIPS: baking soda juga boleh ditaburkan di atas karpet sebelum divakum untuk menyerap segala bau dan membuatkan rumah anda berbau segar.

Tukar penapis penyaman udara. Jika anda sudah membersihkan rumah dengan teliti namun masih ada bau yang kurang enak, anda mungkin perlu menukarkan penapis penyaman udara anda. Ini perlu dibuat setiap 30 hari tidak kira anda mempunyai kucing atau tidak.

Penapis udara. Semestinya satu produk yang perlu dimiliki sekiranya anda membela kucing. Bukan sahaja menapis udara anda, malah dapat menyerap segala bau-bau yang tidak enak. Memberikan udara di rumah anda segar, tidak berbau dan bersih. Ini mungkin kelihatan seperti banyak kerja tapi kebanyakannya sama sahaja yang anda perlu lakukan untuk mengekalkan kebersihan rumah walaupun anda tidak mempunyai kucing.

Sumber : themamamiaow

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *