Untuk anda yang bela kucing ini beberapa tips berkesan untuk pastikan rumah sentiasa bersih dan wangi. Mudah je.

Haiwan

Kajian menunjukkan memelihara kucing boleh memanjangkan umur dengan mengurangkan tekanan, menguatkan imunisasi badan dan mengurangkan risiko kaku. Namun begitu, sebagai pemilik kucing kita hendaklah memastikan rumah kita dalam keadaan bersih untuk memastikan kita sentiasa sihat dan selesa.

Apabila melihat bulu-bulu berterbangan di rumah, ia kelihatan hampir mustahil untuk membersihkan rumah, namun disini kami senaraikan bagaimana anda boleh amalkan teknik membersih ini dengan cepat dan mudah.

1. Guna sarung tangan getah

Guna sarung tangan getah untuk mengumpul bulu-bulu yang melekat pada sofa, terutamanya jika vacuum tidak dapat digunakan pada kawasan-kawasan ini. Teknik dilihat paling berkesan kerana getah mampu menhasilkan cas statik untuk menangkap bulu. Sarung tangan juga senang dibersihkan.

2. Gunakan serbuk penaik (baking soda)

Serbuk penaik mampu menghilangkan kotoran dan menghilangkan bau yang kuat. Jadi sebelum anda berbelanja dengan bahan pencuci, cubalah dengan mengunakan serbuk penaik terlebih dahulu. Anda cuma perlu taburkan di kawasan yang berbau dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian, bersihkan serbuk penaik tersebut.

Namun, harus diingatkan, kucing toksik kepada serbuk penaik. Elakkan mereka dari termakan serbuk penaik dan asingkan mereka di bilik berasingan sehingga anda membersihkan serbuk penaik tersebut dengan vacuum.

3. Gunakan vacuum

Vacuum sekali dalam 3-5 hari dengan menggunakan vacuum yang berkualiti. Kami sarankan anda menggunakan robot vacuum automatik. Ini kerana anda boleh menetapkan masa untuk vacuum ini bergerak sendiri setiap hari. Vacuum seperti ini boleh didapati di Lazada dengan harga sekitar RM250-RM3000. Jadi, anda cuma perlu membuang habuknya setiap hari sahaja.

4) Sikat kucing anda

Aktiviti menyikat kucing anda bukan sahaja membantu mengurangkan bulu gugur di sofa dan lantai, malah dapat mengelakkan bulu bergumpal pada badan mereka. Kucing anda juga pasti suka bulu mereka disikat. Cubalah!

5) Tukar karpet

Tukar karpet kepada yang jenis mudah dicuci dan vacuum. Karpet yang berbulu panjang mudah memerangkap habuk dan juga bulu kucing.Alas tempat makan dan minum mereka dengan tuala atau alas kaki bagi memudahkan anda mencuci.Gunakan bekas buangan pasir kucing yang bertutup untuk mengelakkan bau. Malah, anda dapat elakkan pasir dari bertaburan sekeliling rumah. Selamat mencuba!

Ingatkan Gatal. Tak Sangka Ini Punca Kucing Suka Usap Kepala Dia Pada Badan Manusia

Kucing adalah antara haiwan peliharaan ramai daripada kita. KUCING antara haiwan peliharaan yang menjadi pilihan ramai dalam kalangan kita sebagai peneman terutamanya yang masih solo. Tapi sebenarnya masih ramai yang tidak tahu

tentang tingkah laku kucing kesayangan dan ‘bahasa’ yang digunakan untuk menzahirkan sesuatu maksud kepada kita. Apa kata kita semak antara gelagat si bulus ketika bersama tak kira waktu dan tempat.

1. Pandangan kucing. Pernah kucing anda menatap wajah anda dengan pandangan penuh makna? Atau si bulus tiba-tiba mengedipkan matanya kepada anda? Sebenarnya ia bukan mengemis makanan atau demam sebaliknya pandangan mata diberikan kerana ia cuba berkomunikasi dengan anda.

Ia seperti sebuah ciuman dan menandakan si bulus percaya kepada anda sebagai pemiliknya. Kucing jantan biasanya akan menandakan tempat jajahannya. 2. Kucing kencing di tempat tertentu. Jangan cepat marah jika kucing anda tiba-tiba kencing di tempat yang bukan kebiasaannya.

Ini kerana ia sedang menanda ‘kawasan’ bagi memberitahu kucing lain itu adalah tempat jajahannya. Kucing lain yang mencium bau kencing tersebut tidak akan berani mendekati kawasan itu atau akan berlaku pergaaduhan. Selalunya ia dilakukan oleh kucing jantan.

3. Kucing berdengkur. Jangan takut apabila si bulus berdengkur kuat ketika tidur. Ia menandakan bahawa si kucing berasa tenang dan nyaman berada di sisi kita. 4. Menggerak-gerakkan ekornya. Jika kucing menggerak-gerakkan ekornya ia menggambarkan apa yang sedang dirasainya. 

Jika ekornya menegak dan sedikit melengkung itu bererti kucing anda bahagia berada di sisi anda atau dia ingin bermain. Namun boleh jadi juga ia berasa terancam dengan keadaan sekelilingnya. Pandangan kucing memandakan ia cuba berkomunikasi dengan anda.

5. Kucing mencakar dinding dan sofa. Sikap kucing yang suka mencakar dinding dan sofa bukannya suka-suka sebaliknya si bulus sedang menajamkan kukunya. 6. Si bulus meow kepada anda. Apabila kucing mula mengeluarkan suara meow kepada anda ia bukan sahaja petanda si bulus lapar tetapi juga mahukan perhatian anda. Sebaik-baiknya belailah ia dan berinya makan.

7. Kucing mengusap kepalanya ke badan kita. Ini pasti perkara biasa apabila kucing mengusap mukannya ke badan kita. Ia membawa maksud si bulus mencintai anda. Ia juga bererti kucing anda belum makan dan anda tidak beri perhatian kepadanya.

8. Ikut ke mana sahaja anda pergi. Kadang-kadang sampai pergi bilik air pun kucing anda ikut! Itu tanda dia benar-benar menyayangi anda dan suka berada di dekat dengan anda.

Sumber mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *