Nekad bawa balik ank ular gara gara kena marah sebab putuskan wayar earphone. Tak sangka ini respon mengejut dari tuannya.

Haiwan

Gelagat haiwan khususnya kucing sememangnya menghiburkan, lebih-lebih lagi pada peminat kucing. Menerusi sebuah posting oleh pengguna Facebook dalam group Kami Pecinta Kucing menunjukkan gelagat kucing peliharaannya yang telah dimarahi akibat memutuskan cable earphone.

Selepas dimarahi, kucing tersebut telah keluar daripada rumah dan selang sejam kemudian, kucing tersebut membawa balik anak ular sebagai pengganti kepada cable tersebut. Perkaara tersebut menimbulkan kelucuan di hati wragkerana kucing tersebut boleh berfikir untuk menggantikan cable yang dirosakkan. Mungkin dia nampak cable dengan ular tu sama kot?

Sumber: era.je

Ini ganjaran Tom selepas berjaya menyelamatkan 10 lelaki dari seekor tikus. Tak sangka kucing peliharaan mereka handal menangkap tikus.

Kucing antara pilihan utama binatang yang dipilih untuk dijadikan teman dan kawan ketika kesunyian di rumah. Kucing juga antara haiwan yang  mudah untuk diuruskan. Bukan sahaja comel malah kucing juga merupakan haiwan yang manja.

Seekor kucing wira kepada 10 orang lelaki. Dalam satu rumah, tidak sah kalau kita tak pernah terserempak dengan tikus atau mana-mana serangga perosak. Oleh itu, ramai juga memilih untuk membela kucing kerana selalunya tikus takut pada kucing.

Terbaru satu video telah tular dimana seekor kucing telah menjadi wira kepada 10 orang lelaki. Tikus ada satu je tapi yang kecoh 10 orang, nasib baik ada Tom.

Kucing tersebut akhirnya berjaya menangkap tikus itu. Kucing  itu telah berjaya menangkap seekor tikus di dalam rumah yang didiami oleh lelaki-lelaki tersebut. Menerusi satu perkongsian di laman Twitter oleh salah seorang daripada 10 lelaki tersebut yang dikenali sebagai Syafiq, kucing hebat itu diberi nama Tom. Menerusi video tersebut, jelas kelihatan Syafiq dan rakan-rakan serumahnya geli dengan tikus yang tiba-tiba muncul di dapur rumah sewa mereka.

Tom menjadi wira dan dibenarkan tidur di atas katil. Disebabkan kemunculan seekor tikus kecoh satu rumah sewa yang didiami mereka dan mujurlah Tom menjadi wira kepada mereka. Tom akhirnya berjaya menangkap tikus tersebut dengan mudah sekali. Sebagai balasan, mereka memberi kebenaran kepada Tom untuk tidur di atas katil.

Rupa-rupanya kucing peliharaan mereka yang bernama Tom itu sememangnya handal dalam menangkap tikus, sekejap sahaja dia boleh menangkap tikus itu. Video yang tular itu sehingga kini sudah mendapat satu juta tontonan dan ramai warganet geli hati melihat gelagat 10 orang jejaka itu yang mengharapkan Tom menyelamatkan mereka.

Sumber : yoy.my

Jangan tertipu! 5 mitos tentang kucing ini sebenarnya tak betul.

KALAH betul dengan kecomelan kucing-kucing. Nak lagi kalau yang secara semulajadi memiliki wajah dengan mata yang seakan-akan nak menangis. Bagi sesetengah orang, haiwan peliharaan seperti kucing macam kucing sudah dianggap sebagai kawan karib. Kalau nak luah perasaan, akan cari kucing.

Kalau bangun pagi tak nampak kucing, habis menggelabah tak tentu fasal. Sebenarnya, ada beberapa mitos tau tentang kucing yang mungkin ada diantara kita yang masih percaya. Jom kita baca apakah mitos tersebut.

Suka susu. Dekat dalam filem-filem yang kita tengok selalunya akan tunjuk scene orang bagi kucing minum susu. Sebenarnya waktu kecil sahaja kucing ini memerlukan susu daripada ibu mereka. Kalau kerap minum susu waktu dah besar, laktosa dalam susu akan berkumpul dekat sistem pencernaan kucing menyebabkan kucing memiliki masalah bau badan. Kalau korang bagi kucing minum susu semangkuk sehari, kucing korang akan mengalami kegemukan.

Kucing makan ikan sahaja. Aip! siapa kata. Sebenarnya kucing pun perlu nutrisi untuk hidup. Mereka memerlukan banyak protein. Kalau kurang protein, mereka akan kena masalah kulit, masalah pendengaran, masalah jantung dan hati. Kucing akan makan apa sahaja untuk memenuhi keperluan nutrisinya. Kalau korang tak bagi cukup makanan nutrisi, dia akan menggunakan nalurinya untuk cari haiwan dan memakannya.

Kucing liar sama. Kucing liar ni ramai yang cakap pengganggu. Mereka selalunya kasar dan jarang ada hubungan baik dengan manusia. Tapi sebenarnya, mereka kenal orang. Memang mula-mula mereka agak takut. Tapi bila dah ada kepercayaan dekat korang. Mereka akan baik sahaja.

Kucing boleh lompat tinggi sebab kaki kuat. Aha! jangan tertipu. Sebenarnya mereka boleh lompat tinggi sebab bahagian tubuh depan mereka. Bahagian belakang badan mereka akan secara automatik bertindak untuk pendaratan yang sempurna kepada kucing. Sebab itulah, ada sahaja kes kucing mengalami kecederaan kerana gagal mengagak jarak lompatan mereka. Ini kerana kaki mereka tak sekuat yang kita bayangkan.

Kucing nampak ke?. Sebenarnya, kucing tak boleh tengok semua warna tau. Ha, maksudnya, mereka boleh tengok warna biru-ungu, kuning, dan hijau iaitu warna yang dapat dilihat oleh mereka yang buta warna. Tapi, mata mereka sangat tajam tau apalagi kalau di dalam tempat gelap.

Sumber : KoolFM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *