Menurut kajian ank yang membesar dgan kucing kurang terdedah dengan alahan. Ini beberapa sebab ibu bapa perlu galakkan ank untuk bermain dengan kucing.

Haiwan

Ada segelintir daripada ibu bapa tidak menggalakkan adanya haiwan peliharaan di dalam rumah kerana dikhuatiri akan mempunyai penyakit daripada haiwan tersebut. Situasi ini dapat dilihat apabila ibu bapa takut sekiranya anak-anak akan mengalami asma jika membela kucing di dalam rumah. Alasannya bulu kucing yang akan memberi ketidakselesaan pada anaknya kelak.

Namun, sebenarnya menurut kajian anak-anak kecil yang membesar dengan kucing kurang terdedah dengan alahan dan juga asma. Kajian ini dari Clinical dan Experimental Allergy state dimana, adanya kanak-kanak lelaki yang terdedah dengan lebih lambat dengan alahan. Ini kerana bulu dari haiwan peliharaan mampu membina sistem imun yang kukuh dalam tubuh badan kanak-kanak. Selain daripada itu, ibu bapa patut memberi galakkan pada anak-anak untuk membela kucing supaya…

1. Anak-anak mempunyai rasa tanggung jawab.

Dengan membela kucing di rumah, ia sebenarnya dapat membantu atau memupuk rasa tanggung jawab dalam diri anak-anak sejak dari usia muda. Anak-anak bukan sahaja akan mempunyai rasa tanggung jawab yang tinggi, malah ada juga rasa prihatin, mengambil berat dan secara tidak langsung membina empati diri yang lebih baik. Dengan adanya rasa tanggung jawab ini, ibu bapa secara tidak langsung mendidik anak-anak untuk belajar berdikari juga.

2. Anak-anak dapat membina keyakinan diri.

Membela kucing juga sebenarnya dapat membina keyakinan dalam diri anak-anak pada peringkat awal kerana jika kucing itu dapat dibesarkan dengan sihat, anak-anak akan berasa gembira. Dalam perasaan gembira tersebut, mereka sebenarnya percaya pada diri sendiri bahawa anak kucing pun mereka mampu jaga. Ia adalah satu kejayaan untuk dirinya.

3. Anak-anak menjadi lebih produktif.

Ketika anak-anak lain leka dengan teknologi terkini, tetapi anak-anak anda sibuk pula dengan haiwan peliharaannya. Ini adalah situasi dan hubungan yang sihat antara kucing tersebut dengan anak anda. Anak anda akan lebih aktif bermain-main dengan kucing, berlari, berkejaran dan sebagainya.

4. Anak-anak menjadi lebih tenang.

Percaya atau tidak, kucing sebenarnya akan memberi aura ketenangan pada tuannya sendiri. Ketika kucing sedang mengeluarkan bunyi ‘Purrr….’, ia adalah tanda isyarat memberi ketenangan dalam rumah dan juga pada orang sekeliling. Kalau kita sedar, bila kita memeluk si comel yang sedang mengeluarkan bunyi ‘Purrr..’ kita akan berasa lebih tenang, kan?

5. Anak-anak menjadi lebih gembira.

Selain memberi ketenangan, kucing juga mampu melegakan ketenangan dalam diri tuannya. Dengan melepaskan tekanan ini, secara tidak langsung kita akan menjadi lebih gembira dan ceria. Sebab itu, anak-anak yang memiliki haiwan peliharaan kelihatan sentiasa ceria sahaja. Menurut kajian, haiwan kesayangan adalah bentuk yang kuat dalam melegakan tekanan, menurunkan tekanan cairan merah dan juga mengurangkan tekanan yang bahaya seperti kortisol dimana ia dikaitkan dengan depresi.

6. Mampu tingkatkan kemahiran membaca anak-anak.

Sebagai orang dewasa, apabila kita mahu membuat presentation dihadapan lecturer dan orang ramai, sudah tentu kita akan praktikkan di hadapan cermin sambil membaca dengan kuat, kan? Begitu juga dengan anak kecil.

Secara tidak sedar, anak-anak kecil lebih suka membaca dengan kuat di hadapan kucingnya, berkemungkinan besar kucing tidak akan menghakimi dan mengkritik gaya pembacaannya sepertimana apa yang kita rasa ketika dewasa. Tidak suka dikritik. Apabila anak-anak membaca dengan kuat dan berulang-kali, ia membantu kadar fasihnya untuk membaca.

Untung anda jika memiliki wanita yang suka kucing. Ketahuilah wanita yang suka kucing ni merupakan calon isteri yang terbaik.



Semua orang tahu bila seseorang itu pencinta haiwan maksudnya dia miliki sifat penyayang, penyabar, suka menolong, hati yang baik dan menurut pakar wanita seperti ini sangat sesuai dijadikan isteri. Betul ke? ikuti perkongsian ini.

#1 Penyayang
Kita sendiri maklum membela kucing memberi kesan banyak aspek kepada kehidupan manusia seperti kesihatan fizikal, kesihatan mental, cara hidup dan sebagainya. Jadi, jika sesuatu berlaku pada si kucing, pasti si dia sanggup lakukan apa sahaja untuk yang si comel yang tersayang.

#2 Bertanggungjawab
Sejak dia nekad mahu membela kucing, maknanya dia sudah bersedia dengan tanggungjawab. Dia bawa si comel berjumpa dengan doktor apabila memerlukannya, membersihkan makanan, membuang najis dan pelbagai lagi secara teratur. Dia menganggap diri sebagai ibu kucing, jadi tanggungjawab ini sudah sebati secara semulajadi.

#3 Mudah Berkomunikasi
Sebagai contoh kalau kita lihat mereka selalu berborak dengan kucing, meluahkan perasaan pada kucing kesayangan nya. Kerana selalu berkomunikasi dengan kucing dia tahu jika dia tidak selalu berkomunikasi dengan pasangannya pasti akan terjadi masalah dalam hubungannya.

#4 Setia
Tiada siapa hadir di antara dia dan kucing. Bayangkan saja walaupun sepenat mana dia bekerja pasti akan meluangkan masa bersama dengan kucingnya, setia menanti. Dan semestinya wanita tersebut akan melakukan perkara yang sama untuk bakal suaminya.

#5 Suka Menolong
Jika dilihat ada kucing yang meminta makanan, tanpa segan silu dia cepat-cepat memberikan makanan. Ada kucing sakit pasti dia akan hulurkan pertolongan. Pantang nampak episod duka si kucing terus terbit rasa sedih. Bagus jika wanita suka kucing.

Kucing sering usap kepala dibadan anda? Ketahui 8 ‘bahasa’ si bulus.

Kucing antara haiwan peliharaan yang menjadi pilihan ramai dalam kalangan kita sebagai peneman terutamanya yang masih solo. Tapi sebenarnya masih ramai yang tidak tahu tentang tingkah laku kucing kesayangan dan ‘bahasa’ yang digunakan untuk menzahirkan sesuatu maksud kepada kita. Apa kata kita semak antara gelagat si bulus ketika bersama tak kira waktu dan tempat.

Pandangan kucing. Pernah kucing anda menatap wajah anda dengan pandangan penuh makna? Atau si bulus tiba-tiba mengedipkan matanya kepada anda? Sebenarnya ia bukan mengemis makanan atau demam sebaliknya pandangan mata diberikan kerana ia cuba berkomunikasi dengan anda. Ia seperti sebuah ciuman dan menandakan si bulus percaya kepada anda sebagai pemiliknya.

Kucing kencing di tempat tertentu. Jangan cepat marah jika kucing anda tiba-tiba kencing di tempat yang bukan kebiasaannya. Ini kerana ia sedang menanda ‘kawasan’ bagi memberitahu kucing lain itu adalah tempat jajahannya. Kucing lain yang mencium bau kencing tersebut tidak akan berani mendekati kawasan itu atau akan berlaku pergaduhan. Selalunya ia dilakukan oleh kucing jantan.

Kucing berdengkur. Jangan takut apabila si bulus berdengkur kuat ketika tidur. Ia menandakan bahawa si kucing berasa tenang dan nyaman berada di sisi kita.

Menggerak-gerakkan ekornya. Jika kucing menggerak-gerakkan ekornya ia menggambarkan apa yang sedang dirasainya. Jika ekornya menegak dan sedikit melengkung itu bererti kucing anda bahagia berada di sisi anda atau dia ingin bermain. Namun boleh jadi juga ia berasa terancam dengan keadaan sekelilingnya.

Kucing mencakar dinding dan sofa. Sikap kucing yang suka mencakar dinding dan sofa bukannya suka-suka sebaliknya si bulus sedang menajamkan kukunya.

Si bulus meow kepada anda. Apabila kucing mula mengeluarkan suara meow kepada anda ia bukan sahaja petanda si bulus lapar tetapi juga mahukan perhatian anda. Sebaik-baiknya belailah ia dan berinya makan.

Kucing mengusap kepalanya ke badan kita. Ini pasti perkara biasa apabila kucing mengusap mukannya ke badan kita. Ia membawa maksud si bulus mencintai anda. Ia juga bererti kucing anda belum makan dan anda tidak beri perhatian kepadanya.

Ikut ke mana sahaja anda pergi. Kadang-kadang sampai pergi bilik air pun kucing anda ikut! Itu tanda dia benar-benar menyayangi anda dan suka berada di dekat dengan anda.

Sumber :mStar



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *