Lelaki nekad bina rumah untuk kucing jalanan. Memang hebat sungguh idea dia.

Haiwan

Sebagai pencinta haiwan, ramai di antara kita yang risau dengan nasib kucing-kucing terbiar apabila cuaca bertukar buruk. Dengan tibanya bulan Disember, suhu di negara-negara seluruh dunia juga mulai jatuh sebagai menandakan musim sejuk yang bakal tiba tidak lama lagi.

Terutamanya di negara-negara 4 musim, musim sejuk sudah tentu memberikan kesan kepada haiwan-haiwan terbiar yang hidup berkeliaran di tepi jalan. Mujur ada orang yang cukup prihatin di luar sana untuk memastikan haiwan-haiwan terbiar juga dapat melindungi diri dari cuaca sejuk.

Salah seorangnya adalah Philip Rogich dari Ogden, Utah yang menukar sampah orang lain menjadi rumah kecil untuk kucing terbiar. Philip menggunakan bekas kotak penyejuk atau ‘cooler‘ yang dibuang bagi menyediakan tempat yang kering dan selesa untuk kucing tidur semasa musim sejuk.

Walaupun biasanya cooler digunakan untuk menyimpan benda sejuk,  ia juga dapat digunakan untuk memerangkap kehangatan. Bukan itu sahaja, kucing-kucing terbiar juga dapat menggunakan bekas itu untuk menyembunyikan diri dari musuh.

Philip menggunakan 6 inci bit gerudi untuk membuat lubang pada kotak penyejuk yang dikutipnya dari tempat pembuangan sampah. Dia kemudian melindungi permukaan lubang yang kasar dengan penebat paip sebelum memenuhkan kotak itu dengan jerami.

Kini lelaki berkenaan telah menghasilkan sebanyak 77 buah kotak kucing, di mana satu kotak boleh memuatkan sekurang-kurangnya 2 ekor kucing. Idea yang dikongsikan di Facebook itu juga turut mengundang orang ramai untuk mendermakan cooler mereka yang tidak lagi digunakan.

Selain itu ada juga yang mendermakan jerami dan wang untuk dia meneruskan projek itu. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber : himpunan cerita lawak

Untung anda jika memiliki wanita yang suka kucing. Ketahuilah wanita yang suka kucing ni merupakan calon isteri yang terbaik.

Semua orang tahu bila seseorang itu pencinta haiwan maksudnya dia miliki sifat penyayang, penyabar, suka menolong, hati yang baik dan menurut pakar wanita seperti ini sangat sesuai dijadikan isteri. Betul ke? ikuti perkongsian ini.

#1 Penyayang
Kita sendiri maklum membela kucing memberi kesan banyak aspek kepada kehidupan manusia seperti kesihatan fizikal, kesihatan mental, cara hidup dan sebagainya. Jadi, jika sesuatu berlaku pada si kucing, pasti si dia sanggup lakukan apa sahaja untuk yang si comel yang tersayang.

#2 Bertanggungjawab
Sejak dia nekad mahu membela kucing, maknanya dia sudah bersedia dengan tanggungjawab. Dia bawa si comel berjumpa dengan doktor apabila memerlukannya, membersihkan makanan, membuang najis dan pelbagai lagi secara teratur. Dia menganggap diri sebagai ibu kucing, jadi tanggungjawab ini sudah sebati secara semulajadi.

#3 Mudah Berkomunikasi
Sebagai contoh kalau kita lihat mereka selalu berborak dengan kucing, meluahkan perasaan pada kucing kesayangan nya. Kerana selalu berkomunikasi dengan kucing dia tahu jika dia tidak selalu berkomunikasi dengan pasangannya pasti akan terjadi masalah dalam hubungannya.

#4 Setia
Tiada siapa hadir di antara dia dan kucing. Bayangkan saja walaupun sepenat mana dia bekerja pasti akan meluangkan masa bersama dengan kucingnya, setia menanti. Dan semestinya wanita tersebut akan melakukan perkara yang sama untuk bakal suaminya.

#5 Suka Menolong
Jika dilihat ada kucing yang meminta makanan, tanpa segan silu dia cepat-cepat memberikan makanan. Ada kucing sakit pasti dia akan hulurkan pertolongan. Pantang nampak episod duka si kucing terus terbit rasa sedih. Bagus jika wanita suka kucing.

Kucing sering usap kepala dibadan anda? Ketahui 8 ‘bahasa’ si bulus.

Kucing antara haiwan peliharaan yang menjadi pilihan ramai dalam kalangan kita sebagai peneman terutamanya yang masih solo. Tapi sebenarnya masih ramai yang tidak tahu tentang tingkah laku kucing kesayangan dan ‘bahasa’ yang digunakan untuk menzahirkan sesuatu maksud kepada kita. Apa kata kita semak antara gelagat si bulus ketika bersama tak kira waktu dan tempat.

Pandangan kucing. Pernah kucing anda menatap wajah anda dengan pandangan penuh makna? Atau si bulus tiba-tiba mengedipkan matanya kepada anda? Sebenarnya ia bukan mengemis makanan atau demam sebaliknya pandangan mata diberikan kerana ia cuba berkomunikasi dengan anda. Ia seperti sebuah ciuman dan menandakan si bulus percaya kepada anda sebagai pemiliknya.

Kucing kencing di tempat tertentu. Jangan cepat marah jika kucing anda tiba-tiba kencing di tempat yang bukan kebiasaannya. Ini kerana ia sedang menanda ‘kawasan’ bagi memberitahu kucing lain itu adalah tempat jajahannya. Kucing lain yang mencium bau kencing tersebut tidak akan berani mendekati kawasan itu atau akan berlaku pergaduhan. Selalunya ia dilakukan oleh kucing jantan.

Kucing berdengkur. Jangan takut apabila si bulus berdengkur kuat ketika tidur. Ia menandakan bahawa si kucing berasa tenang dan nyaman berada di sisi kita.

Menggerak-gerakkan ekornya. Jika kucing menggerak-gerakkan ekornya ia menggambarkan apa yang sedang dirasainya. Jika ekornya menegak dan sedikit melengkung itu bererti kucing anda bahagia berada di sisi anda atau dia ingin bermain. Namun boleh jadi juga ia berasa terancam dengan keadaan sekelilingnya.

Kucing mencakar dinding dan sofa. Sikap kucing yang suka mencakar dinding dan sofa bukannya suka-suka sebaliknya si bulus sedang menajamkan kukunya.

Si bulus meow kepada anda. Apabila kucing mula mengeluarkan suara meow kepada anda ia bukan sahaja petanda si bulus lapar tetapi juga mahukan perhatian anda. Sebaik-baiknya belailah ia dan berinya makan.

Kucing mengusap kepalanya ke badan kita. Ini pasti perkara biasa apabila kucing mengusap mukannya ke badan kita. Ia membawa maksud si bulus mencintai anda. Ia juga bererti kucing anda belum makan dan anda tidak beri perhatian kepadanya.

Ikut ke mana sahaja anda pergi. Kadang-kadang sampai pergi bilik air pun kucing anda ikut! Itu tanda dia benar-benar menyayangi anda dan suka berada di dekat dengan anda.

Sumber :mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *