Lelaki ini jumpa kucing liar yang cantik. iIngatkan kucing biasa terkejut bila vetinar dedah sesuatu yang istimewa tentang kucing itu.

Haiwan

Seorang pemuda telah menjumpai seekor kucing liar yang cantik di dalam hutan dan telah membawanya ke rumah untuk dipelihara. Kucing ini mempunyai rupa seperti kucing biasa yang lain kecuali bulunya mempunyai rupa unik yang menyerupai harimau bintang.

Pada satu ketika kucing ini telah bunting dan kemudian melahirkan enam ekor anak kucing yang comel. Anak-anak kucing ini amat cantik. Rupa dan bulunya serupa cantik seperti ibunya. Pemilik kucing ini mulai berasa ragu dan ingin mengetahui tentang spesies kucing ini yang dilihatnya amat berlainan dan unik daripada kucing biasa yang lain.

Kemudian pemuda musykil ini telah berjumpa dengan pakar veterinar dan bertanya kepadanya tentang perihal kucing liar ini. Pakar veterinar telah memberitahu pemuda ini, “Ini bukan kucing biasa, ini ialah Kucing Batu!” Oleh kerana rupanya yang unik seperti harimau bintang, ramai yang tertanya-tanya bapa kepada anak-anak kucing liar ini. Dan ia masih menjadi misteri sehingga kini.

Pemuda ini telah diberitahu, Kucing Batu merupakan kucing unik yang jarang dijumpai dan harganya sangat mahal mencecah ribuan ringgit seekor. Di kebanyakan negara di dunia, memelihara dan menyimpan Kucing Batu sebagai haiwan peliharaan adalah salah di sisi undang-undang.

Kucing Batu (Leopard Cat) atau nama saintifiknya ‘Prionailurus bengalensis’ ialah satu spesies kucing yang berasal dari Asia dan boleh ditemui di  Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur. Semenjak tahun 2002, spesies Kucing Batu ini telah disenaraikan dalam Senarai Merah Spesies Terancam IUCN, sebagai haiwan yang dilindungi.

Walaupun spesies ini tidak diancam kepupusan, namun begitu habitatnya semakin dincam dan menjadi haiwan berisik0 kepada pmbruan hrm kerana nilainya yang tinggi di pasaran. Di Malaysia, Kucing Batu merupakan haiwan yang berada dalam senarai yang dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Li4r 1972 dan Akta Perdagangan Antarabangsa mengenai Spesies Teranc4m 2008.

Sumber: EraBaru

Menurut Kajian Ank Yang Membesar Dgan Kucing Kurang Terdedah Dengan Alahan. Ini Beberapa Sebab Ibu Bapa Perlu Galakkan Ank Untuk Bermain Dengan Kucing.

Ada segelintir daripada ibu bapa tidak menggalakkan adanya haiwan peliharaan di dalam rumah kerana dikhuatiri akan mempunyai penyakit daripada haiwan tersebut. Situasi ini dapat dilihat apabila ibu bapa takut sekiranya anak-anak akan mengalami asma jika membela kucing di dalam rumah. Alasannya bulu kucing yang akan memberi ketidakselesaan pada anaknya kelak.

Namun, sebenarnya menurut kajian anak-anak kecil yang membesar dengan kucing kurang terdedah dengan alahan dan juga asma. Kajian ini dari Clinical dan Experimental Allergy state dimana, adanya kanak-kanak lelaki yang terdedah dengan lebih lambat dengan alahan. Ini kerana bulu dari haiwan peliharaan mampu membina sistem imun yang kukuh dalam tubuh badan kanak-kanak. Selain daripada itu, ibu bapa patut memberi galakkan pada anak-anak untuk membela kucing supaya…

1. Anak-anak mempunyai rasa tanggung jawab.

Dengan membela kucing di rumah, ia sebenarnya dapat membantu atau memupuk rasa tanggung jawab dalam diri anak-anak sejak dari usia muda. Anak-anak bukan sahaja akan mempunyai rasa tanggung jawab yang tinggi, malah ada juga rasa prihatin, mengambil berat dan secara tidak langsung membina empati diri yang lebih baik. Dengan adanya rasa tanggung jawab ini, ibu bapa secara tidak langsung mendidik anak-anak untuk belajar berdikari juga.

2. Anak-anak dapat membina keyakinan diri.

Membela kucing juga sebenarnya dapat membina keyakinan dalam diri anak-anak pada peringkat awal kerana jika kucing itu dapat dibesarkan dengan sihat, anak-anak akan berasa gembira. Dalam perasaan gembira tersebut, mereka sebenarnya percaya pada diri sendiri bahawa anak kucing pun mereka mampu jaga. Ia adalah satu kejayaan untuk dirinya.

3. Anak-anak menjadi lebih produktif.

Ketika anak-anak lain leka dengan teknologi terkini, tetapi anak-anak anda sibuk pula dengan haiwan peliharaannya. Ini adalah situasi dan hubungan yang sihat antara kucing tersebut dengan anak anda. Anak anda akan lebih aktif bermain-main dengan kucing, berlari, berkejaran dan sebagainya.

4. Anak-anak menjadi lebih tenang.

Percaya atau tidak, kucing sebenarnya akan memberi aura ketenangan pada tuannya sendiri. Ketika kucing sedang mengeluarkan bunyi ‘Purrr….’, ia adalah tanda isyarat memberi ketenangan dalam rumah dan juga pada orang sekeliling. Kalau kita sedar, bila kita memeluk si comel yang sedang mengeluarkan bunyi ‘Purrr..’ kita akan berasa lebih tenang, kan?

5. Anak-anak menjadi lebih gembira.

Selain memberi ketenangan, kucing juga mampu melegakan ketenangan dalam diri tuannya. Dengan melepaskan tekanan ini, secara tidak langsung kita akan menjadi lebih gembira dan ceria. Sebab itu, anak-anak yang memiliki haiwan peliharaan kelihatan sentiasa ceria sahaja. Menurut kajian, haiwan kesayangan adalah bentuk yang kuat dalam melegakan tekanan, menurunkan tekanan cairan merah dan juga mengurangkan tekanan yang bahaya seperti kortisol dimana ia dikaitkan dengan depresi.

6. Mampu tingkatkan kemahiran membaca anak-anak.

Sebagai orang dewasa, apabila kita mahu membuat presentation dihadapan lecturer dan orang ramai, sudah tentu kita akan praktikkan di hadapan cermin sambil membaca dengan kuat, kan? Begitu juga dengan anak kecil.

Secara tidak sedar, anak-anak kecil lebih suka membaca dengan kuat di hadapan kucingnya, berkemungkinan besar kucing tidak akan menghakimi dan mengkritik gaya pembacaannya sepertimana apa yang kita rasa ketika dewasa. Tidak suka dikritik. Apabila anak-anak membaca dengan kuat dan berulang-kali, ia membantu kadar fasihnya untuk membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *