Kucing nekad turunkan berat badan gara gara terlalu gemuk. Hasil dia memang betul betul mengejutkan warganet.

Haiwan

Seekor kucing gemuk yang memiliki berat badan sebanyak 33 paun atau lebih tepat hampir kepada 15 KG telah mendapat perhatian di laman Instagram miliknya. Kucing tersebut telah diberi nama Bronson telah mendapat tuang baru iaitu Mike Wilson dan teman wanitanya, Megan Hanneman setelah tuan asalnya pergi menghadap illahi.

Menurut doktor haiwan yang merawat Bronson, memiliki berat badan seperti ini perlu dikawal dan dirawat kerana dia mungkin akan mendapat penyakit yang boleh menyebabkan pemergian. Kini Mike dan Megan mempunyai misi terbaru untuk menurunkan berat badan Bronson supaya dia dapat menjalani kehidupan yang sihat selepas ini.

Bronson hanya diberi makanan yang berkhasiat dan rendah lemak sahaja. Jumlah kalori makanannya juga dihadkan kepada 375 kalori sehari sahaja. Bronson juga sering diajak bermain untuk memastikannya melakukan sedikit aktiviti supaya boleh menurunkan berat badan selain daripada kawalan makanan yang diberikan.

Matlamat kini tuannya adalah untuk Bronson turunkan beratnya sebanyak satu paun (0.5 kg) dalam masa sebulan. Hal ini supaya Bronson memiliki kesiahtan yang baik dalam kehidupannya. Sehingga kini, Bronson telah berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 5kg. Kini beratnya 10kg sahaja.

Kredit: SIAKAP KELI

Rahsia Bulu Lebat Dan Tak Gugur. Guna Telur Je Confirm Kucing Cantik

Haiwan peliharaan yang paling menjadi pilihan tak kira kanak-kanak, dewasa atau pun orang tua adalah kucing. Kucing memang haiwan yang sangat manja. Kalau dah masanya nak perhatian dan manja bulu tu lah yang kita akan usap-usap kan?

Paling best bila dapat kucing yang badan berisi dan bulu tebal. Rasa macam tidur atas karpet je peluk. Seorang pengguna Facebook BAPA Kucing kongsi satu tips bagaimana dia guna kuning telur untuk pastikan bulu kucingnya lebat dan tak gugur. 

Tips penjagaan bulu kucing. Murah dan jimat.

Beri makan kuning telur setiap minggu. Sekurang-kurangnya sebulan sekali. Lagi kerap lagi bagus. Kena ajar dari umur 3 bulan lagi. Kalau dah besar susah sikit untuk kucing anda makan. Cuba campurkan pada makanan dia. Beri makan masa dia lapar lagi senang. Untuk melebat dan merawat bulu gugur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *