Ingatkan gatal. Tak sangka ini punca kucing suka usap kepala dia pada badan manusia

Haiwan

Kucing adalah antara haiwan peliharaan ramai daripada kita. KUCING antara haiwan peliharaan yang menjadi pilihan ramai dalam kalangan kita sebagai peneman terutamanya yang masih solo. Tapi sebenarnya masih ramai yang tidak tahu

tentang tingkah laku kucing kesayangan dan ‘bahasa’ yang digunakan untuk menzahirkan sesuatu maksud kepada kita. Apa kata kita semak antara gelagat si bulus ketika bersama tak kira waktu dan tempat.

1. Pandangan kucing. Pernah kucing anda menatap wajah anda dengan pandangan penuh makna? Atau si bulus tiba-tiba mengedipkan matanya kepada anda? Sebenarnya ia bukan mengemis makanan atau demam sebaliknya pandangan mata diberikan kerana ia cuba berkomunikasi dengan anda.

Ia seperti sebuah ciuman dan menandakan si bulus percaya kepada anda sebagai pemiliknya. Kucing jantan biasanya akan menandakan tempat jajahannya. 2. Kucing kencing di tempat tertentu. Jangan cepat marah jika kucing anda tiba-tiba kencing di tempat yang bukan kebiasaannya.

Ini kerana ia sedang menanda ‘kawasan’ bagi memberitahu kucing lain itu adalah tempat jajahannya. Kucing lain yang mencium bau kencing tersebut tidak akan berani mendekati kawasan itu atau akan berlaku pergaaduhan. Selalunya ia dilakukan oleh kucing jantan.

3. Kucing berdengkur. Jangan takut apabila si bulus berdengkur kuat ketika tidur. Ia menandakan bahawa si kucing berasa tenang dan nyaman berada di sisi kita. 4. Menggerak-gerakkan ekornya. Jika kucing menggerak-gerakkan ekornya ia menggambarkan apa yang sedang dirasainya. 

Jika ekornya menegak dan sedikit melengkung itu bererti kucing anda bahagia berada di sisi anda atau dia ingin bermain. Namun boleh jadi juga ia berasa terancam dengan keadaan sekelilingnya. Pandangan kucing memandakan ia cuba berkomunikasi dengan anda.

5. Kucing mencakar dinding dan sofa. Sikap kucing yang suka mencakar dinding dan sofa bukannya suka-suka sebaliknya si bulus sedang menajamkan kukunya. 6. Si bulus meow kepada anda. Apabila kucing mula mengeluarkan suara meow kepada anda ia bukan sahaja petanda si bulus lapar tetapi juga mahukan perhatian anda. Sebaik-baiknya belailah ia dan berinya makan.

7. Kucing mengusap kepalanya ke badan kita. Ini pasti perkara biasa apabila kucing mengusap mukannya ke badan kita. Ia membawa maksud si bulus mencintai anda. Ia juga bererti kucing anda belum makan dan anda tidak beri perhatian kepadanya.

8. Ikut ke mana sahaja anda pergi. Kadang-kadang sampai pergi bilik air pun kucing anda ikut! Itu tanda dia benar-benar menyayangi anda dan suka berada di dekat dengan anda.

Sumber mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *