Allah hantar kucing misteri ini pada ank Abam. Tak sangka kucing ini teman Hamzah sejak Abam pergi buat selamanya

artis

Pemergian Abam bukan sahaja ditangisi oleh sahabat handai dan ahli keluarga, malahan sebahagian rakyat Malaysia turut terkesan dengan hal tersebut. Satu demi satu kisah hidupnya dirungkai dan ternyata betapa hebatnya insan bernama Syed Umar Mokhtar ketika hayatnya.

Hampir sahaja memasuki hari ke 5 pemergian pelawak terkenal selepas disahkan telah pergi buat selamanya pada pagi Isnin. Sahabat handai masih tidak putus berkongsi kisah mengenai peribadi Abam di media sosial. Kucing datang lepas Abam pergi.

Semalam, seorang kenalannya telah memuat naik gambar anak Abam dalam keadaan tidur disamping sebelahnya ada seekor kucing. Hasrat nak beli kucing untuk isteri. Syed Uthman Hamzah baru sahaja berusia 8 bulan semasa bapanya telah pergi buat selamanya dan belum lagi mengerti apa-apa.

Dia juga belum puas bermanja dengan Abam kerana bapanya dijemput  Illahi terlalu awal. Menerusi kapsyen yang dinyatakan dalam muat naik sahabat Abam, dia memberitahu hasrat Abam sebelum ini adalah dengan membeli seekor kucing bagi menemani isterinya di rumah, namun tidak kesampaian.

Tidur disisi anak Abam

Walau bagaimanapun, seakan tidak percaya apabila datang seekor kucing yang didakwa tidak tahu dari mana telah memasuki rumah keluarga Abam dan terus tidur disisi Hamzah. Menurut sahabat Abam yang dikenali sebagai Syuk Kicuk itu, kucing tersebut datang selepas pemergian Abam dan sehingga ke hari ini masih berada di rumahnya.

Semoga Allah lindungi anak ini

Sehubungan dengan itu, menerusi perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah tinggalkan komen yang pelbagai di ruangan tersebut. Mereka juga menyifatkan bahawa kucing yang datang adalah sebagai peneman seketika buat anak kecil itu.

Mereka turut sempat mendoakan agar keluarga Abam terus kuat menghadapi ketiadaan insan tersayang dan semoga roh pelawak terkenal itu dicucuri rahmat. “Allah hantar kucing supaya teman Hamzah” “Semoga¬† ditempatkan dalam kalangan orang beriman” Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami

Sumber:Syukkicuk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *