Joy Revfa bakal berkahwin tidak lama lagi. Ini harapan Joy buat bakal suaminya. Rata rata mendoakan kebahagiaan mereka.

artis

Pengusaha kosmetik Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd. Amin, 32, memberi bayangan bahawa dia kini sedang menghitung hari untuk menamatkan status ibu tunggalnya. Menerusi akaun Instagram miliknya, bekas isteri kepada penyanyi Hafiz Hamidun itu berharap bakal suaminya itu bakal membimbingnya untuk menjadi muslimah sejati.

“Menghitung hari (emoji gambar cincin) Insya-Allah. “Saya berharap awak akan sentiasa menjadi imam di dalam solat saya. “Menjadi qari dan membaca al-Quran untuk saya. Menjadi pemimpin yang boleh memimpin sayaa menuju ke jalan Allah.

“Menjadi tempat yang membahagiakan serta bawa saya ke syurga. Itu sahaja saya pinta,” katanya. Menerusi entri yang saya dia berkongsi fotonya yang sedang merenung ke luar jendela. Rata-rata pengikutnya turut gembira dengan berita tersebut serta mengucapkan tahniah kepada Joy.

Sebelum ini, Joy pernah berkahwin dengan penyanyi Hafiz Hamidun pada 1 Mei 2017. Bagaimanapun, hubungan tersebut tidak berpanjangan sebelum mereka disahkan berpisah talak satu pada 25 Oktober 2017. Terdahulu, Joy pernah berkahwin dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Arryan Firdaus yang kini berusia lima tahun.

Sumber : Gempak

Joy Revfa bakal bertunang dengan Fahmy Reza?

USAHAWAN kosmetik, Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin, mengakui bakal bertunang dengan pelakon dan usahawan berasal dari Kuantan, Pahang sebelum penghujung tahun ini. Ibu tunggal kepada seorang anak lelaki ketika ditemui Harian Metro, berkata dia berada dalam fasa bahagia pada masa ini.

“Hari ini saya sangat bahagia. Dari segi persediaan, tak ada lah sangat tapi kami dalam proses merapatkan hubungan kekeluargaan. “Saya belum bersedia mendedahkan siapa gerangannya sebab takut ‘dicucuk’ pihak lain. Saya takut nanti ada orang cuba nak menjauhkan kami,” katanya menyifatkan hubungan mereka masih di dalam proses mengenal hati budi.

Bagaimanapun, dia mengaku mencari imam terbaik yang boleh membimbingnya dan anak serta tidak kisah dengan status lelaki itu sebagai selebriti. “Walaupun pernah berkahwin dengan seorang selebriti juga tapi saya anggap ketika itu ‘terjodoh’ dengannya.

“Lagipun saya sendiri seorang usahawan dan ramai pengikut, saya tidak kisah mengenali sesiapa pun kerana yang penting ada keserasian bersama,” katanya. Joy turut menyifatkan bakal suami terbarunya itu tiada masalah dengan caranya tidak mendedahkan identiti sebenar kepada khalayak.

Dalam pada itu, ramai beranggapan selebriti dimaksudkan ialah pelakon Fahmy Reza yang popular menerusi drama Dia Semanis Honey dan Biar Aku Jadi Penunggu. Imbas kembali, Joy pernah berkahwin dua kali dengan kali terakhir bersama penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun pada 1 Mei 2017 namun hanya bertahan selama empat bulan.

Sumber : myMetro

Nafi beli bunga sendiri

BEKAS isteri penyanyi Hafiz Hamidun, Joy Revfa mengakui kerap menerima jambangan bunga ros daripada individu misteri sejak berpisah pada 25 Oktober tahun lalu. Joy yang juga pengasas produk kosmetik berkata, dalam sebulan hampir dua kali menerima jambangan bunga berlainan dekorasi daripada individu yang menggelarkan dirinya Mr J.

“Sehingga hari ini saya masih tertanya-tanya siapa gerangan individu ini. “Sebelum ini saya pernah memuat naik status di laman sosial dengan mengajak individu terbabit keluar bersama namun tiada jawapan,” katanya.

Menurut Joy, dia kesal apabila ada pihak mendakwa dia sengaja menarik perhatian dengan membeli kesemua bunga yang diterimanya. “Sebenarnya sebelum berkahwin lagi saya sudah terima tetapi sejak nama terpalit kontroversi dan hidup solo, saya kembali menerima jambangan bunga ros. “Ada orang kata saya yang membeli bunga ini tapi kalau fikir secara logik buat apa saya nak membazir. Tambahan pula saya lebih selesa hidup solo,” katanya.

Sumber : myMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *