Ini keadaan terkini Jaclyn Victor selepas berpisah dengan suami buat warganet risau.

artis

Penyanyi Jaclyn Victor enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai sebab perpisahannya bersama vokalis kumpulan R&B antarabangsa, AZ Yet iaitu Shawn Rivera. Pada Januari lalu, Shawn menerusi laman Facebook miliknya mendedahkan rumah tangga bersama penyanyi yang mesra dipanggil Jac ini terlerai selepas lima tahun berkahwin.

“Apa yang lepas, biarlah lepas. Perkara itu sudah berlalu. Tak ada apa yang berlaku. Benda dah habis.  “Kepada semua yang risaukan saya, kepada peminat yang tertanya-tanya mengenai keadaan diri saya, sejujurnya saya okay sahaja.

“Saya gembira, anak-anak ada bersama saya… Perkara itu sudah mencukupi,” katanya. Jac ditemui di majlis pelancaran kasut New Balance 850 di Slate @ The Row, Kuala Lumpur semalam. Tambah Jac, dia tidak menghalang suaminya untuk bertemu dengan anak-anak mereka, Jonah Joshiah Rivera, 5, dan Molly Marguerite Rivera, 3.

“Anak-anak tinggal dengan saya di sini (Malaysia) manakala dia berada di sana (Amerika Syarikat). “Saya tak akan menghalang dia mahu bertemu dengan anak-anak kerana walau apapun, dia tetap bapa kepada zuriat kami.

“Kalau dia mahu bertemu dengan anak, dia harus datang ke sini. Saya tak akan membawa anak-anak ke sana,” katanya lagi. Shawn dan Jac mendirikan rumah tangga di sebuah gereja di Philadelphia pada 19 Julai 2014.

Sumber : Gempak

Rahsia Jac kurus selepas bersalin

Berat badan yang bertambah selepas melahirkan cahaya mata bukanlah perkara asing di kalangan wanita. Justeru, tidak hairanlah apabila sebahagian daripada mereka berusaha keras untuk mendapatkan bentuk tubuh asal sebaik saja habis tempoh berpantang.

Penyanyi lagu Gemilang, Jaclyn Victor atau Jac, 37, pula antara ibu yang beruntung apabila tidak mengambil masa lama untuk kembali langsing. Hanya selepas beberapa bulan, badan artis berasal dari Kuala Lumpur ini kembali seperti zaman anak daranya sebelum ini.

Jac melahirkan anak lelaki diberi nama Jonah Josiah Rivera, pada 24 Ogos lalu, hasil perkahwinannya dengan anggota Az Yet, Shawn Rivera, 44, Julai tahun lalu. Melihat badannya yang langsing hanya selepas empat bulan melahirkan zuriat, pasti ramai yang ingin mengetahui rahsia mahupun petua diamalkan vokalis hebat ini.

Bertemu dengannya beberapa hari lalu, Jac memberitahu, beliau banyak melakukan senaman bagi mendapatkan semula bentuk badan ideal. Malah, dirinya mengunjungi dua pusat senaman berbeza dalam usaha menguruskan badan selepas bersalin.

“Saya selalunya akan ke gimnasium dan mencuba pelbagai senaman yang tersedia. Saya jenis manusia yang takkan mengeluarkan peluh kalau buat senaman sendiri. Saya memang tiada kekuatan dan keazaman yang tinggi kalau melakukannya seorang diri. “Jadi, saya memilih untuk berlatih dan bersenam dengan jurulatih kecergasan bagi mendapatkan semula bentuk badan asal,” katanya.

Menyentuh soal kerjaya, penyanyi ini memberitahu, beliau sudah mula kembali bekerja sejak beberapa minggu lalu. “Selepas kembali bekerja, diri saya agak sibuk. Apabila sibuk pula, mulalah saya sedih untuk berpisah dengan si kecil. “Ketika ini, saya masih meneruskan promosi lagu Seindah Mimpi. Terbaharu, saya baru saja terbabit dengan projek rakaman semula lagu Kau Ilhamku, bersama-sama artis popular Malaysia dan Indonesia. Ia sebagai simbolik bagi projek aplikasi muzik Yonder bersama Celcom Axiata.

“Antara artis lain yang terbabit dalam projek ini ialah Datuk Siti Nurhaliza, Yuna, Ariel Noah, Afgan Syahreza, Joe Flizzow, SonaOne dan Man Bai sendiri. Saya sangat berbesar hati kerana turut dipilih menyanyikan lagu berkenaan, yang diberikan nafas baharu,” katanya. Malam ini, Jac akan terbabit dalam persembahan Music of the Night di Istana Budaya. Beliau akan menghiburkan penonton dengan iringan Orkestra Simfoni Kebangsaan, di bawah pimpinan Mustafa Fuzer Nawi. Selain Jac, persembahan itu juga akan dijayakan oleh Stephen Rahman Hughes.

Sumber : BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *