Statement berani Mimi Lana dapat perhatian warganet. Rata rata sangat terkejut dengan caption di Ig nya.

Uncategorized

Pelakon serta model yang kian meningkat naik dalam bidang lakonan ini iaitu Mimi Rozaiana atau lebih dikenali oleh para warganet sebagai Mimi Lana ini telah mengeluarkan statement yang cukup berani di dalam laman Instagramnya.

Individu yang ramping dan tinggi lampai ini sebenarnya telah memulakan detik kerjayanya setelah menjadi salah satu peserta Dewi Remaja tahun 2015 yang pada masa itu turut disertai oleh Mawar Rashid, Raysha Rizrose, Puteri Aishah dan ramai lagi. Walaupun kerjayanya dimulakan dalam bidang permodelan, tetapi bakatnya dalam bidang lakonan juga tidak dapat dinafikan orang ramai.

Ketinggian yang dimiliki oleh Mimi Lana pernah dikatakan bukan kebiasaan bagi wanita-wanita normal di Malaysia. Mimi pernah berkata bahawa semua ahli keluarganya bahkan memiliki ketinggian yang lebih daripada dirinya. Walaupun sebelum ini, dia pernah mengalami peristiwa hitam sehingga digam oleh pihak stesen televisyen, dia tidak berputus-asa malah menjadikan pengalamannya itu sebagai pengajaran untuk lebih berhati-hati.

Statement yang dikeluarkan oleh Mimi Lana sebagai caption di laman Instagramnya amat mengejutkan apabila dia berkata bahawa dia lebih rela men4ngis di dalam kereta mewah Mercedes berbanding di dalam kancil. Tetapi hakikatnya dia sedang mempromosikan drama terbarunya iaitu Chandelier yang bakal ditayangkan pada 10 Februari ini di Astro Ria. Drama yang diarahkan oleh Michael Ang ini menggandingkan Mimi Lana sebagai her0in dan Ben Amir sebagai heronya.

Wataknya sebagai seorang perempuan ‘mata duitan’ telah menariknya untuk membuat caption yang sedemikian rupa. Buat pengetahuan semua, drama ini juga sebenarnya adalah adaptasi dari novel terkenal Chandelier. Posting Mimi Lana mendapat perhatian para peminat yang tidak sabar menunggu drama tersebut ditayangkan dan turut mendapat sokongan daripada Mira Filzah.

Tak sabar betul nak tengok gandingan hebat pelakon Ben Amir dan Mimi Lana ni. Semoga drama tersebut mendapat sambutan dari para penontan dan peminat setia drama Melayu. Semoga berjaya kepada barisan pelakon dan pengarah, Michael Ang buat penayangan drama terbaru ini.

Sumber : Instagram Mimi Lana

Pengalaman kekasih jadi rujukan

BERGELAR kekasih kepada pelakon terkenal, Syafiq Kyle bukan tiket mudah untuk Mimi Lana mengecapi populariti. Sebaliknya, pelakon berusia 24 tahun itu sentiasa berusaha memastikan dia mampu berdiri setaraf kekasihnya menerusi usaha dan kerja keras sendiri.

Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin berkata, selama empat tahun menjalin cinta tidak pernah sekali pun terlintas di hati untuk mengambil kesempatan. Apatah lagi menumpang nama dan populariti yang dimiliki Syafiq ketika ini.

“Saya tidak pernah terfikir menumpang populariti Syafiq tetapi pengalaman yang dia miliki saya ambil untuk dijadikan rujukan. “Tidak dinafikan Syafiq paling banyak memberikan sokongan dan tunjuk ajar selama ini.

“Bagi saya sokongannya itu sudah cukup untuk dijadikan pembakar semangat agar terus berjaya dalam bidang ini,” katanya. Mula bercinta dengan Syafiq selepas sama-sama terbabit dalam sebuah drama empat tahun lalu, Mimi mengelak bergandingan lagi dengan kekasihnya itu selepas ini.

Baginya, jika dia mampu memberikan lakonan yang lebih baik untuk watak lain, jadi mengapa perlu untuk digandingkan sebagai pasangan kekasih? “Sebenarnya saya rasa lebih mudah apabila kami digandingkan dalam satu cerita dengan watak sebagai kawan atau adik-beradik sahaja.

“Mungkin peminat mengharapkan kami digandingkan sebagai kekasih ini terlalu banyak menonton drama dan membayangkan hubungan kami seperti kisah cinta dongeng. “Hakikatnya tidak wujud pun hubungan seperti itu dan kami hanyalah pasangan biasa seperti pasangan lain,” katanya.

Mengulas perkembangan hubungannya dengan Syafiq, Mimi berkata, masing-masing masih muda dan banyak lagi perkara yang mahu dikejar. “Kami melalui hubungan seperti biasa dan masing-masing menyokong untuk membina karier terlebih dahulu.

“Saya pun masih muda begitu juga dengan Syafiq, jadi biarlah buat masa ini fokus kukuhkan kerjaya. Perancangan ke arah perkahwinan lambat lagi untuk difikirkan,” katanya.

Teruja berlakon filem. Hampir enam tahun terbabit dalam bidang lakonan, Mimi teruja apabila pertama kali diberi peluang membintangi filem. Menerusi filem Pusaka yang bakal menemui penonton di seluruh pawagam tanah air bermula 31 Oktober ini, Mimi digandingkan bersama Syafiq sebagai pasangan kembar.

Membawakan watak sebagai Nur Ishak, Mimi juga gembira apabila berpeluang berlakon di bawah pengarah kegemarannya iaitu Razaisyam Rashid. “Syukur, saya diberi peluang berlakon di bawah pengarah hebat, pelakon hebat dan jalan cerita filem ini juga menarik. “Walaupun ini filem pertama, saya berpuas hati dengan komitmen yang sudah diberikan.

“Jika ada rezeki berlakon filem lagi saya mahukan watak aksi atau psiko. Sekurang-kurangnya saya dapat pelbagaikan watak. “Tidaklah orang melihat saya asyik melakonkan watak yang sama sahaja,” katanya.

Peminat jangan risau. Jika dilihat pada fizikal Mimi, gadis tinggi lampai itu tidak pernah berisi. Sejak dulu berat badan Mimi hanya 49 kilogram (kg). Namun, untuk filem Pusaka dia perlu menurunkan berat badan kepada 43kg bagi mendapatkan bentuk badan kurus semula jadi tanpa teknik solekan.

Bagaimanapun, perkara berkenaan merisaukan peminat sehingga ada yang merayu kepadanya supaya jangan terlalu kurus. “Alhamdulillah, saya baik-baik saja. Sejak dulu saya memang kurus dan disebabkan tinggi ada peminat melihat saya seperti tidak sihat.

“Jangan risau saya okey. Metabolisme saya tinggi kerana itulah saya susah hendak naikkan berat badan, kalau hendak turun senang saja. “Selepas tamat penggambaran filem Pusaka, saya sudah dapat kembali berat asal dan dalam usaha untuk naikkan lagi berat badan saya,” katanya.

Sumber : myMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *