Ini pesanan Fizo Omar buat anak Abam Bocey. Fizo dedahkan perbualan terakhir bersama Abam telah mengundang rasa hiba warganet.

artis

Pelakon Fizo Omar berkongsi perbualan terakhir bersama Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey. Kata Fizo, kali terakhir bertemu dengan Abam sekitar dua bulan lalu ketika terbabit dengan sebuah pementasan teater di Istana Budaya.

“Perbualan terakhir aku dengan dia masa buat teater Siti Di alam Fantasi 2 bulan lepas. “Punyalah seronok dia cerita pasal anak dia, Hamzah. “Lama weh aku tunggu nak dapat jodoh, dan Allah terus bagi rezeki zuriat, macam tak caya dengan keadaan aku macam ni Allah bagi rezeki kat aku’. “Kalau ikutkan hati aku, rasa tak nak keluar rumah, nak main dengan anak je hari-hari, tu la bila aku habis kerja pecut balik rumah nak main dengan anak’. 

“Aku faham perasaan itu sbb aku pun berada dalam situasi sama, beza Maryam dan Hamzah tak sampai setahun. “Tiap kali borak pasal anak je aku boleh rasa dan nampak dia punya excited dan rasa bersyukur tu lain macam,” kongsi Fizo. Fizo turut meluangkan masa melawat balu dan anak Abam, Hamzah di kediaman mereka hari ini.

“Bila tengok Hamzah, aku tak boleh tahan sebak aku, sebab aku tahu betapa bapaknya sayang dia..Allahu. “Apa yang aku boleh sampaikan pada Hamzah, bapak kau ni orang yang baik dan tak pernah nak bercakap pasal orang lain dan dia sangat bertanggungjawab kepada keluarga dia. “Kau beruntung menjadi keturunan yang baik, tengoklah beribu orang yang datang memberi penghormatan terakhir pada bapak,” tambahnya.

Fizo turut menyeru orang ramai untuk menghulurkan bantuan kepada keluarga Abam untuk meringankan beban. Abam telah pergi buat selamanya di kediamannya di Gombak kira-kira pukul 7 pagi semalam dipercayai akibat demam panas.

Sumber : Gempak

Cik Yam macam faham situasi ibu bapanya – Fizo Omar

“CIK Yam (anak) membesar dengan baik dan mendapat kasih sayang yang secukupnya daripada kedua-dua belah pihak. Dia anak yang sangat bijak dan seolah-olah memahami situasi ibu bapanya,” luah pelakon Fizo Omar di Instagram sempena ulang tahun kedua kelahiran puteri tunggalnya, Wan Maryam pada 29 Disember lalu.

Fizo, 34, atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar berkata, setiap kali tiba giliran dia menjaga, anaknya itu sangat memahami dan tiada masalah untuk bermalam walaupun ketiadaan bekas isterinya, Mawar Abdul Karim, 30.

“Aku yakin dan percaya dengan perancangan Allah yang akan memberikan terbaik kepada hamba-Nya dan Dia juga akan menjaga dan mengatur segalanya yang terbaik untuk semua. “Pada hari lahir zuriat aku ini, aku hanya mampu bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada bekas isteri kerana pengorbanannya mengandung dan melahirkan zuriat aku. Walau apapun yang terjadi jasanya itu tetap aku hargai sampai bila-bila.

“Tiada lain yang aku pinta, semoga Allah memelihara zuriat aku ini dan jadikanlah Cik Yam anak yang solehah dan taat kepada kedua ibu bapa, terutamanya ibu yang melahirkan kamu di dunia ini,” tulisnya. Menurut Fizo, dia bersyukur dan menzahirkan rasa teruja dengan kehadiran Maryam selepas empat tahun menanti bersama bekas isterinya, Mawar Karim.

“Selama empat tahun perkahwinan aku menanti dan terus berusaha untuk mendapatkan zuriat dan akhirnya Allah izinkan pada 29 Disember 2017 (Jumaat). Betapa gembiranya aku saat melihat dan menyambut sendiri zuriat yang aku nantikan selama ini. Subhanallah hanya Tuhan saja yang tahu perasaan aku ketika itu.

“Bermulalah kehidupan aku sebagai seorang bapa yang aku impikan selama ini. Melihat anak membesar depan mata sendiri adalah satu nikmat perjalanan hidup yang bernilai dan momen terindah dalam hidup. Namun perancangan Allah itu adalah sebaik baik perancangan.

“Pada 10 Julai 2019, sudah tertulis jodoh aku dan Mawar berakhir di situ ketika Cik Yam berusia 1 tahun 6 bulan dan kami memilih untuk berasingan dan dari status suami isteri bertukar menjadi sahabat dan co-parenting kepada zuriat kami Cik Yam.

“Tiada siapa pun inginkan perpisahan, tapi berlakunya dengan izin Allah dan semestinya Allah ada perancangan yang terbaik untuk kami semua,” tulisnya. Jodoh Fizo dan Mawar terputus di tengah jalan apabila pasangan itu berpisah talak satu pada 10 Julai lalu selepas enam tahun berkahwin. Hasil perkongsian hidup Fizo dan Mawar, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.

Sumber : myMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *