Hiburan

Suami tak t4hu Adira fail cer4i

SUAMI kepada penyanyi Adira Suhaimi, Datuk Seri Adnan Abu mendakwa tidak tahu isterinya itu memfailkan percer4ian di Mahkamah Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Barat dan akan dibicarakan jam 3 petang ini.

Sebelum ini timbul gosip mengatakan Adira akan bercer4i dengan Adnan atau lebih dikenali dengan panggilan Datuk Red.

Bagaimanapun, penyanyi yang juga bintang Akademi Fantasia musim kelapan itu menafikannya.

Sebaik berita Adira mahu memfailkan pencer4ian sekali lagi ditimbulkan kelmarin dan dihubungi bagi mendapatkan kesahihan semalam, penyanyi yang kini sedang mempromosikan lagu duetnya bersama Hafiz Suip, Takdir Tercipta mengambil tindakan ‘tutup mulut’.

 

Sehinggalah pagi tadi sewaktu wartawan mahu mengesahkan mengenai waktu sebenar perbicaraan permohonan cer4i akan dilakukan, Adira akhirnya mengaku kesnya akan berjalan jam 3 petang ini.

Mengikut jadual asal, perbicaraan pemohonan cer4i dilakukan Adira pada jam 9 pagi tadi tetapi ia minta untuk diubah oleh penyanyi itu sendiri kerana tidak menyangka perkara itu (permohonan cer4i) diketahui umum.

Sewaktu dihubungi semalam, Adnan menafikan mengenai isu pencer4ian itu dengan berkata, ia hanya khabar angin seperti mana ia heboh diperkatakan sebelum ini.

“Berita mengatakan saya dan Adira mahu bercer4i itu adalah palsu kerana kami masih bersama.

 

“Kelmarin saya baru saja pulang ke rumah Adira dan kami melakukan hubungan intim.

“Pagi semalam saya bersarapan bersamanya seperti biasa sebelum keluar bekerja. Hubungan kami baik dan mesra,” katanya sewaktu dihubungi Harian Metro.

Adnan, seorang ahli perniagaan menikahi Adira di Songkhla, Thailand sebagai isteri kedua pada 3 Disember 2015.

 

Hasil perkahwinan, Adira dan Adnan dikurniakan tiga cahaya mata. Perkahwinan pertama Adnan dikurniakan lima cahaya mata.

Adnan juga pernah bernikah pada usia 20 tahun, tetapi bercer4i selepas lima tahun bersama dan hasil perkahwinan itu dia dikurniakan dua cahaya mata.

sumber: Metro online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *