Hiburan

‘Saya Bahagia Hidup Sendirian’- Natasha Hudson Buka Mulut Soal Status, Sahkan Sudah Berpisah

Setelah menerima perkhabaran mengenai rumah tangganya berantakan, Natasha Hudson mengesahkan dia dan Noor Nashriq Sekarnor bukan lagi suami isteri. Mereka sudahpun bercer4i baru-baru ini namun tidak memaklumkan tarikh yang tepat.

Natasha menerusi temubual eksklusif bersama Hangat.com telah meluahkan apa yang terbuku di hati setelah terpaksa mengakhiri perkahwinan mereka menginjak setahun.

Menurut Natasha atau nama sebenarnya Natasha Liana Hudson, 37 ini, segala yang berlaku adalah ketentuan Allah. Beliau sangat gembira dan tenang meneruskan kehidupan dengan baik setelah kembali solo.

“Ya, saya sudah bercerai baru-baru ini, sudah meneruskan kehidupan dengan baik sekali dan sangat bahagia kembali hidup sendirian tanpa suami. Cukuplah untuk bersedih buat masa ini. Tiada lagi hubungan antara kami buat masa ini”- luahnya

Perlukan lebih fokus

Dalam perkembangan lain, kini Natasha memberi tumpuan lebih terhadap perniagaan serta meluangkan masa lebih kepada anak-anak, keluarga dan rakan-rakan.

“Buat masa ini, saya sibuk dengan mengembara ke negara lain untuk menguruskan perniagaan saya dan meluangkan masa untuk diri sendiri. Saya hanya perlukan energi positif & lebih fokus untuk diri saya sekarang”- katanya.

Walaubagaimanapun, Natasha menolak andaian bahawa peunca percer4ian angkara orang ketiga, dan tidak mahu memanjangkan hal ini kerana bimbang akan mengervhkan lagi keadaan.

Jadi Pengajaran

Menurut Natasha, apa yang berlaku telah banyak memberi pengajaran terbaik buat dirinya tentang erti cinta.

“Cuma ini satu pengajaran. Cinta bukan segala-galanya jika tiada kejujuran dan keikhlasan. Jangan sesekali mempergunakan agama.”

Kemelut rumahtangga Natasha ini telah dihidu pengikutnya di Inst4gram selepas dia sudah memadam gambar bekas suaminya, di laman s0sial.

Ini merupakan perkahwinan kali-4 Natasha pada Disember tahun lalu tetapi mereka tidak dikurniakan cahaya mata. Walaubagaimanapun, Natasha memiliki dua cahaya mata, Naeema Kalila dan Faatimah dari perkahwinan yang ke-3.

Sumber hangat

Tedahulu:Buang foto bersama suami, perkahwinan keempat Natasha Hudson musnah? – “Saya sudah lakukannya dan sangat gembira sekarang!”

STATUS rumah tangga Natasha Hudson dan suami, Noor Nashriq Sekarnor mula menjadi tanda tanya apabila pelakon itu sudah memadam foto-foto bersama lelaki itu di laman sosialnya.

Natasha, 36, menerusi Instagram memberi bayangan mengenai rumah tangganya dengan ahli perniagaan dari Kelantan itu sudah berakhir.

Menerusi Instastory pada Sabtu, Natasha menjawab pertanyaan daripada rakan wanitanya mengenai cara untuk berhadapan dengan masalah melibatkan suami berlaku curang.

Natasha seakan memberi bayangan mengenai status rumah tangganya.

“Saya terima banyak soalan mengenai perkara ini daripada rakan. Soalannya, bagaimana jika suami saya sudah tidak mencintai saya, berlaku curang, mendera mental saya dan perkahwinan ini sudah runtuh.

“Jawapan saya, lari, keluar dari situasi itu dan tinggalkan (sebab saya sudah lakukannya) dan saya sangat gembira sekarang. Jangan bazirkan masa yang sangat bermakna, tenaga untuk sesuatu yang tidak berbaloi masa anda.

“Senang. Teruskan hidup dan jangan hidup dengan kritikan orang sebab mereka tidak tahu apa yang terjadi di sebalik pintu tertutup. Ini adalah kehidupan anda bukan mereka,” tulisnya.

Bagaimanapun sehingga kini, Natasha masih tidak memberi sebarang kenyataan atau mengesahkan status sebenar rumah tangganya.

Dalam pada itu, Natasha pernah memuat naik status di Instagramnya memberitahu dia enggan menjalani kehidupan dalam keadaan bersedih.

 

Sesiapa yang kenal saya tahu yang saya seorang penuh dengan emosi, penghibur, sukakan cabaran dan saya sentiasa mahukan kebahagian.

NATASHA HUDSON

Pelakon

“Saya percaya ini adalah masa yang tepat. Saya tidak dilahirkan untuk dapatkan sesuatu yang kekal seperti yang saya mahu. Mungkin bukan sekarang. Saya bukan awak.

“Mungkin nanti dengan orang yang tepat atau di kehidupan lain. Saya tiada masa untuk bersedih. Saya hanya ada masa untuk kongsi kegembiraan kepada orang di keliling saya.

“Sesiapa yang kenal saya tahu yang saya seorang penuh dengan emosi, penghibur, sukakan cabaran dan saya sentiasa mahukan kebahagian. Saya hanya berdoa yang terbaik untuk diri saya dan anda,” katanya.

Natasha dan Noor Nashriq mendirikan rumah tangga pada 7 Disember tahun lalu dan ia merupakan perkahwinan kali keempat buatnya.

Natasha mempunyai tiga orang anak perempuan.

Pada Oktober tahun lalu, Natasha atau Natasha Liana Hudson mengakui dia sudah bercerai dengan bekas suami, Carleed Khaza atau Khalid Kamal yang dinikahinya pada April 2012.

Sepanjang enam tahun berkahwin, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Naeema Kalila dan Faatimah.

Sebelum itu, Natasha pernah berkahwin dengan Mohd. Faiz Mohd. Raih pada 2006 namun rumah tangga mereka hanya bertahan selama empat bulan.

Aktres itu kemudiannya melangsungkan perkahwinan dengan Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007 namun perkahwinan itu bertahan selama dua tahun.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Neesa Helena.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *