Semasa

“Dah Turun 65 Peratus Bergantung Kepada Mesin,” – Kian Stabil, Abby Abadi Syukurr Baby Danial Semakin Serssi Dengan Susu Badan

Berkongsi perkembangan terkini Baby Danial, Abby Abadi menerusi Instagram mengesahkan bayi pra-matangnya kini semakin stabil.

Lebih positif, anak bongsunya itu kini hanya bergantung 65 peratus kepada mesin bantuan pernafasan, berbanding 90 peratus sebelum ini.

Jelasnya lagi, bayi yang lahir pada usia kandungan enam bulan ini semakin kerap menyusu dan dia turut berterima kasih kepada Memey Suhaiza atas pengorbanannya menyediakan bekalan susu ibu buat si kecil.

Tadi.. sebelum ke NICU, Hospital Sungai Buloh, nak jenguk Baby Muhammad Danial Firman utk sesi malam .. singgah rumah @normanhakim_786 & @memeysuhaiza ambil susu lagi. Sebab? Sebab susu kita tiap2 hari hantar pun tak cukup.. tak terkejar Baby Danial minum banyak skrg . TQ tau Mey, hanya ALLAH dpt membalasnya. TQ Oman juga sbb bg keizinan bg susu pada Baby Danial Sy.

“Hari ni hari ke 12, Syukur Alhamdullillah. Dalam pada hati tak berhenti menangis teringatkan keadaan kesihatan Baby Danial yg turun naik, siang tadi pergi melawat dia, terubat sikit hati bila tahu Baby Danial buleh tolerate dgn susu badan & pembuangan pun lancar. Dan hari ni pernafasannya nmpk mcm stabil sikit..dah turun 65% bergantung pada mesin (smlm 90% guna mesin) Sy & suami baca sendiri sbb takut nk bersembang dgn Doc)” kongsinya.

Bekas kumpulan Elite ini turut meluahkan penghargaan kepada staf hospital atas tanggungjawab menjaga anak kecilnya dengan penuh kasih sayang.

Sempat sembang dgn beberapa org staff nurse je tadi. Baby Danial pun nampak terjaga baik. Walaupun Sy tahu, nurse dalam tu sibuk, dorang tak sempat nk belai Baby Sy, tp Saya yakin ramai yg mengambil tanggungjawab nakkan yg terbaik utk Baby2 yg ada disitu termasuklah Baby Danial kami. Tak belai pun takpelah.

“Tolong beri perhatian yg sewajarnya pun dah cukup baik utk Baby2 kami terus bertahan,”tulisnya lagi.

Dia turut berharap agar Allah terus memberikan anaknya kekuatan untuk membesar dengan sempurna.

Semoga ALLAH terus kuatkan Baby Danial & Baby Danial dpt membesar dgn jayanya ye sayang. Mama Abah Abang Kakak semua sayang sangat kat Danial dunia akhirat. Tak sabar nk peluk cium Danial sayanggggg. Skrg tak bulehhh.

“Ps: Kawan2 tau tak kat mana nk beli terus mamypoko premie mcm gmbr kedua tu? Sy dah order online lambat pulak sampainya. Skrg tengah pinjam org punya. Nak ganti balik tp dah order, dah bayar dia tak jawab2 lagi.. stok nk habisss ni.

“Tolong info please kt mana nk beli terus. Terima Kasih & teruss terusan doakan Baby Danial Sy ye. Hanya ALLAH dpt balas jasa baik kalian dunia akhirat,” kongsi Abby.

 

Dia terpaksa melahirkan bayinya dalam proses pembedahan selepas mengalami ‘turun darah’ kerana bacaaan darah tinggi yang meningkat.

Kira-kira dua tahun lalu, Abby pernah mengalami keguguran ketika usia kandungannya berusia lima bulan.

Abby mendirikan rumah tangga dengan Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015.

Abby dan Faizal turut mengambil dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.

Foto : Instagram Abby Abadi

Kredit: MH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *