Hiburan

Han-Byul, Juara Big Stage 2019!

Menepati ramalan ramai, malam final program Big Stage yang berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), menyaksikan peserta Korea Selatan, Han-Byul diumumkan sebagai juara bagi musim kedua.

Bintang berusia 29 tahun itu membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000, sebuah kereta Perodua Axia Style, sebuah telefon pintar Vivo V17 Pro dan trofi.

Mempersembahkan dua lagu termasuk single terkininya berjudul Luka Dan Bahagia, persembahan meyakinkan dari Han-Byul nyata mendapat tepukan gemuruh penonton di auditorium serta reaksi positif juri.

 

Han-Byul memperolehi markah 70.33 peratus keseluruhan.

Tempat kedua dimenangi Neeta Manisha yang mendendangkan lagu I Wanna Dance With Somebody dan Ruang Mimpi iaitu single terbarunya.

Bintang muda itu membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 dan trofi.

 

Peserta dari Kuala Lumpur, Adzrin menduduki tempat ketiga, membawa pulang hadiah wang tunai RM25,000 beserta trofi dengan mengumpul markah sebanyak 61.99 peratus.

Tempat keempat dan kelima masing-masing disandang Irfan Haris dan Dinda Permata yang menerima hadiah wang tunai sebanyak RM10,000, Dinda RM5,000.

Konsert akhir Big Stage yang dihoskan Alif Satar ldan Sherry Al Hadad menampilkan Datuk Seri Siti Nurhaliza, dan Cakra Khan selaku juri tetap serta Misha Omar sebagai juri jemputan.

Penutup konsert akhir Big Stage 2019 yang bersiaran secara langsung menerusi Astro Ria 104 dan Ria HD 123 turut diserikan dengan persembahan dua juri tetapnya.

 

sumber: MH/diarivvip

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *