Ini reaksi balas dari Caprice Selepas kena report dengan anak kelantan

Dunia

Penyanyi Caprice diselar ekoran membuat kenyataan menyinggung penduduk Kelantan dengan mendakwa masyarakat di negeri Cik Siti Wan Kembang itu sering terpalit hal-hal negatif.

Jurucakap Kumpulan Anak Kelantan Prihatin (KUKP), Norlida Daud berkata Caprice sewajarnya menjaga sensitiviti penduduk Kelantan apabila bercakap mengenai sesuatu isu.

“Apabila dia (Caprice) muat naik komen pasal orang Kelantan, ia akan mengundang pelbagai fitnah. Berhati-hati bila bercakap, dengan sensitiviti orang,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Menurut Norlida, sebagai seseorang yang disanjung tinggi dalam masyarakat, Caprice sewajarnya tidak membuat kenyataan yang menggalakkan rakyat Kelantan dipandang serong.
Iklan

“Dia sebagai artis yang mempunyai ramai pengikut tidak wajar menggalakkan kenyataan negatif sebegini,” katanya.

Semalam, Kumpulan Anak Kelantan Prihatin membuat laporan polis susulan tersinggung dengan kenyataan Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli yang didakwa memperlekeh rakyat Kelantan.


Caprice sebelum ini dalam komen media sosial mendakwa kadar je3nayah paling tinggi di Kelantan.

Selain itu, dalam satu kiriman di Instagram, Caprice mempertikaikan kebolehan penduduk Kelantan memahami ceramah bahasa Inggeris Dr Zakir Naik di Stadium Sultan Muhammad IV.

Bagaimanapun, melalui semakan Malaysiakini hari ini, video berkenaan telah diturunkan oleh pihak Instagram. Namun salinan asal masih boleh dilihat di akaun IG Kelantan.

Norlida dalam kenyataan medianya menggesa pihak berkuasa menyiasat tindakan Caprice.

“Kami memohon pihak polis menyiasat apakah tujuan sebenar dia mengeluarkan kenyataan yang amat dangkal sedemikian dan mengambil tindakan yang sewajarnya,” katanya.


Sementara itu, ketika dihubungi Malaysiakini, Caprice memohon maaf kepada Kumpulan Anak Kelantan Prihatin yang terkilan berhubung kenyataannya.

“Saya minta maaf jika mereka terasa, tapi saya sifatkan IG Kelantan sebagai batu api, kerana mengambil video berkenaan tanpa meletakkan penafian (disclaimer),” katanya.

Tambah Caprice, rakyat Malaysia perlu bersatu dan tidak terlalu fokus mengenai polemik perk@auman semata-mata.

“Kita tinggal dalam negara yang mempunyai masyakat berbilang kaum dan sepatutnya memahami antara satu sama lain. Tak perlu bangkitkan kemarahan Islam atau cetuskan sebarang isu rasis,” katanya.

Berikut kenyataan penuh Caprice di IG beliau 

Salam Kelantan, (sapu ke kiri)

1) Caprice memohon maaf kepada Kumpulan Anak muda Kelantan dan rakyat kelantan if mereka terasa berkenaan posting itu namun menyifatkan IG kelantan sebagai batu api kerana mengambil video tanpa caption di post.
2) Caprice setuju yang kenyataan Zakir Naik berkenaan tetamu itu provoke namun Zakir Naik tidak sepatutnya dilayan sedemikian atas ilmu islam yang canggih
3) Rakyat Malaysia perlu bersatu sama sama dan tidak terlalu fokus akan racial issue
4) Caprice sedia untuk bekerjasama dgn NGO Anak Muda Kelantan untuk bantu ummah sebab dua2 pihak ade visi yang sama dan kita ade bina platform seperti, IslamPro: servis ke rumah, Mengaji.com dan Umrahloka. Lagi baik kita membesarkan case ni dan kejersama sebab dari awal tahun caprice sendiri pernah try jumpe ahli2 pemimpin Kelantan.

Insyallah kalau dapat peluang kita boleh kerjesama.

Video  yang menjadi konrov3rsi sebelum ini yang dimuat naik di IG Kelantan dengan caption berikut

7 times go to Usrah, already know kick Fatwa… Ouchh Ouchh..Ouchh Ouchh

Who eat chili he shall taste spicy,
Those who taste spicy will said my lips isn’t insured

Sapo2 yang tak faham translation ado kat bawah ni 👇🏻

Tujuh Kali Pergi Usrah Sudah Pandai Tepis Fatwa… Amboi Amboi..Amboi Amboi..

Siapa Makan Cili Dia Rasa Pedas,
Siapa Rasa Pedas Kata Aku Cakap Lepas…

Bagaimanapun, ketika dihubungi, Norlida enggan mengulas permohonaan maaf Caprice.

sumber: mkini, IG Kelantan, IG Caprice

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *