Wanita Mengalami Bengkak Pada Kaki Akibat Digigit Serangga ketika Bercuti

Dunia

Pada hujung bulan Mac yang lalu, Gu, 28 tahun bersama-sama dengan rakannya telah mengembara ke Amerika Selatan. Ketika berada di sebuah kawasan hutan hujan Brazil, Gu dipercayai telah digigit oleh serangga bersaiz kecil seperti kacang pada kaki kanannya.

Sebaik sahaja pulang dari pengembaraannya ke Shanghai, Gu mendapati wujud benjolan yang besar akibat gigitan tersebut dan kelihatan seolah-olah mula terbuka. Gu juga mengalami kegatalan yang amat sangat pada kawasan gigitan serangga tidak dikenali tersebut.

Gu menjadi semakin takut apabila sejenis ulat berengga keluar daripada benjolan tersebut. Menggelikan!

Gu dipercayai digigit oleh serangga botfly atau nama saintifiknya Dermatobia hominis. Kesan gigitan daripada lalat tersebut telah menyebabkan tiga benjolan pada bahagian kaki Gu di samping meninggalkan kesan kegatalan selama beberapa jam.

Benjolan tersebut kemudiannya pecah dan kelihatan ulat berengga keluar daripada kulit kaki Gu. Pemeriksaan selanjutnya dijalankan di Hospital Longhua mendapati terdapat dua lagi larva botfly berada di dalam kaki Gu. Gu menjalani pembedahan untuk mengeluarkan larva tersebut dan kini sedang beransur pulih.

Botfly atau lalat bot merupakan serangga berbulu kecil yang wujud di Amerika Selatan dan Amerika Tengah.

Botfly akan bertelur pada nyamuk dan lalat dan apabila haiwan pembawa telur botfly ini menggigit manusia, suhu badan manusia yang panas akan menyebabkan pensenyawaan telur yang kemudiannya bertukar menjadi ulat berengga.

 

Lubang pada benjolan tersebut membolehkan ulat berengga bernafas sambil memakan darah dan tisu dalam badan. Semakin ia membesar, ia akan menyebabkan pembengkakan pada kulit sekali gus mengakibatkan kesakitan yang melampau pada mangsa.

Malah, mangsa akibat gigitan botfly ini juga akan merasai sesuatu bergerak di dalam badannya jika ulat berengga ini terus membiak dan membesar.tidak dikeluarkan. – erabaru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *